Posted by khalil bin mokhtar

 

Posted by khalil bin mokhtar

Aura Harmoni Imam Mahdi di Malaysia Seseorang telah memberi komen dalam Mistisfile beberapa tahun yang lalu bahawa perjalanan untuk mengenali dan menemui susuk tubuh Imam Mahdi itu adalah seumpama mencari sehelai daun emas didalam hutan hujan khatulistiwa yang maha tebal sifatnya dengan jutaan flora serta fauna Saya membaca tulisan saudara BradoKapak mengenai pencariannya tentang rahsia akhir zaman. Ia disokong pula oleh saudari Mayang Sari yang pernah terambil jalan sendiri dalam perjuangannya demi menegakkan keadilan dibumi Malaysia. Mereka pernah mengalami saat2 genting semasa pencarian akan sesusuk tubuh bernama Imam Mahdi. Dalam kekecewaan kerana masih belum bertemu dengan idola yang disanjungi , mereka mengambil keputusan untuk kembali semula ke alam kehidupan nyata – meneruskan aktiviti seharian dengan lebih tekun serta menjalinkan hubungan sesama insan dengan penuh semangat kasih-sayang lagi harmoni. Seseorang juga telah memberikan pendapat bahawa persoalan Imam Mahdi itu adalah rahsia Tuhan dan mungkin ada hikmah disebalik rasa kecewa itu agar kita kembali semula berpijak dibumi nyata meneruskan perjuangan membela keluarga serta masyarakat. Imam Mahdi sudah pasti tidak pernah mengajar untuk kita terus melupakan dunia dan taasub lagi asyik-masyuk di alam pencarian kebenaran. Sedangkan kita juga amat perlu untuk menguasai ekonomi termasuk bidang2 yang lain dan bersaing secara sihat dengan pelbagai kaum di negara ini. Saya mula ‘mengenali’ Imam Mahdi dizaman persekolahan apabila terpandang tajuk buku yang membincangkan persoalan Imam Mahdi disebuah kedai buku. Pada pandang pertama tersebut saya telah ‘jatuh cinta’ dengan watak Imam Mahdi kerana seolah2 beliau adalah seseorang yang boleh diharapkan untuk menyelamatkan dunia dari kemusnahan seperti yang sering digambarkan dalam siri2 kartun animasi ultraman, superman, naruto, transformer, dragon ballz, power ranger, cicakman, badman, incredible hulk, american super hero, charles angles dll. Sekurang2nya saya tidak akan terpengaruh dengan cerita2 kartun itu kerana saya sudah ada hero Imam Mahdi – yang kebenarannya ada disebut oleh Baginda Nabi SAW. Ia bukan sekadar watak animasi, tetapi beliau adalah ‘real’ dan sudah tentu akan zahir suatu waktu nanti untuk mengembalikan dunia kepada keamanan dan kemakmuran Keinginan untuk mempunyai seorang idola yang kuat-perkasa, magis-mistik, kaya-berada-berpengaruh seantero dunia, handsome-macho, baik-berhati-mulia merupakan fitrah seorang manusia sejak dari kecil lagi seawal seseorang itu mula mengenal apa itu peti televisyen (tv). Semua cerita animasi kartun bertemakan kepada watak hero-penyelamat berlawan dengan musuh-jahat. Jalan cerita digarap hingga sebegitu rupa bagi menonjolkan kepentingan watak yang akan muncul disaat2 genting berhadapan dengan musuh –durjana yang ingin memusnahkan dunia serta isinya. Sedangkan watak kartun shin chan pun mempunyai hero kesayangannya bernama action kame. Shin chan diwaktu lapang suka menonton kartun kegemarannya iatu action kame (watak kartun di dalam kartun …hahaha…), maka apatah lagi kita manusia biasa yang fitrahnya mahukan kepada kewujudan seorang pemimpin yang boleh diharapkan lagi dipercayai untuk memacu pemerintahan negara ke tahap yang lebih tinggi Sebagaimana hebatnya musuh yang sentiasa menggunakan pelbagai taktik & teknik termasuk art-of-con untuk mengaburi mata khalayak ramai agar kehadiran mereka ditengah2 masyarakat tidak dapat dikesan walaupun sebenarnya musuh itu melakukan kejahatan terhadap kita siang dan malam. Begitu juga dengan Imam Mahdi, saya yakin dan percaya bahawa beliau pastinya menggunakan strategi yang lebih tersusun, lebih ‘licik’, lebih mampan serta lebih terkehadapan ‘tipu-daya’nya untuk mencapai dua objektif utama: - 1) Menggembalikan manusia kepada Tuhan & RasulNya, memurnikan semula jiwa2 insan kepada semangat kasih-sayang, menyuburkan iman2 akhir zaman yang senipis kulit bawang ini agar dapat disemai semula jiwa2 bersifat sufi lagi wali yang penuh dengan tekad perjuangan untuk mengembalikan kemakmuran Islam buat kali kedua - 2) Mengelabui mata musuh yang sentiasa cuba untuk menggagalkan misi penyuburan iman & islam. Membiarkan musuh penat meneka & menelah ‘helah’ Imam Mahdi seterusnya setelah usaha2 untuk menghancurkan perjuangan beliau sebelum ini hanya menemui jalan buntu. Diatas setiap ‘keruntuhan & kemusnahan’ perjuangan Imam Mahdi yang diusahakan oleh musuh maka terhasil baja kompos organik mesra alam yang dapat menyubur-makmurkan lagi perjuangan Imam Mahdi ke fasa seterusnya. Sejak dari dahulu lagi musuh tidak pernah berputus asa untuk menjadikan bumi tercinta ini seumpama tanah seberang yang sudah caca-marba aqidah serta pegangan mereka, ataupun mahu mewujudkan sebuah negara republik seumpama pulau kecil di selatan, ataupun melenyapkan identiti bangsa majoriti negara ini seumpana negara gajah putih diutara, ataupun mahu melenyapkan terus warga asal tanah ini seumpama nasib orang melayu cham/kemboja dibawah pemerintahan rejim komunis pol pot – namun SEMUA itu gagal Saya dapat rasakan bahawa Imam Mahdi menggunakan teknik diplomasi tahap tertinggi dalam menyelami & memahami kehendak masyarakat, meredakan keresahan & kegusaran khalayak akan isu2 keselamatan sosial, kestabilan ekonomi, keharmonian hubungan sesama kaum serta kelangsungan kedaulatan negara untuk hari2 yang mendatang Dalam kegairahan kita mengikuti apakah filem terkini yang ditayangkan di pawagam, apakah projek terkini yang sudah berada digenggaman tangan, apakah keuntungan terkini dalam pelaburan saham, apakah status terkini sokongan keatas calon kegemaran, apakah fesyen terkini yang ada dipasaran………………..mari kita sama2 telusuri perkara2 ‘kecil’ yang sedang berlaku disekeliling, nampak seperti tidak signifikan tetapi apabila ditoleh semula akan kehadirannya, diharap kita akan dapat ‘merasa’kan suatu aura harmoni yang sedang melanda kita seumpama tiupan bayu laut cina selatan – sepoi2 bahasa lembut menyapa namun cukup bertenaga untuk menggerakkan kain layar membawa kapal menongkah arus membelah lautan menuju ke pulau iman & islam Satu contoh ‘kecil’ ialah pemakaian hijab Jika dulu para wanita akan memakai baju kurung pada hari jumaat, sekarang ianya sudah digantikan dengan pemakaian jubah/kaftan. Dulunya ia hanya dipakai oleh makcik2 yang baru pulang dari mekah atau oleh golongan yang aktif dengan usrah2 islamik di pusat2 pengajian tinggi ataupun dipejabat2 kerajaan sahaja. Ramai juga para wanita yang berniqab/purdah tanpa perlu rasa segan atau takut digelar zorro mahupun hantu kum2 Jika dulu pemakaian tudung hanya dikenakan oleh wanita2 yang bertudung sahaja, tetapi sekarang ia sudah menjadi kemestian sewaktu upacara aqad nikah, kenduri-kendara, menghadiri ceramah agama, menghadiri kurusus haji walaupun sebenarnya wanita itu tidak/belum bertudung. Pemakaian tudung bukan lagi menjadi sesuatu yang fobia ataupun taboo dikalangan wanita, malahan sesiapa yang tidak mahu bertudung akan kelihatan janggal dan nampak seperti ketinggalan zaman. Tetapi ini tidak bermaksud kita memandang serong kepada mana2 wanita yang masih belum berhijab. Hati manusia hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Kewajipan kita adalah untuk terus berakhlak baik sesama manusia, membantu mana2 yang boleh serta doa yang berterusan agar hati2 wanita yang kita kasihi itu dipermudahkan untuk membuat perubahan baik yang berkekalan. Banyak pula peristiwa2 besar yang telah dan sedang berlaku di tahun 2013 ini: - Pencerobohan pengganas sulu di negeri sabah dapat dipatahkan dengan jayanya. Walaupun ia telah mendapat kecaman/sungutan dari pihak2 yang tidak berpuashati, namun akhirnya kedaulatan tanah di bawah bayu itu dapat diselamatkan - Crack down keatas ajaran syiah berlaku secara besar-besaran. Kerajaan dengan tegas menyatakan pendirian bahawa umat islam khususnya di Malaysia hanya berpegang kepada aqidah ahli sunnah wal jamaah sahaja. Isu syiah pernah mendapat ulasan yang panjang lebar dalam Mistisfiles 2-3 tahun yang lepas. Sudah puas MO melayan semua pertanyaan orang2 yang pro-syiah, tapi ianya hanya menambahkan taasub yang sgt menebal dijiwa pro-syiah dengan bermatian2 mempertahankan idea2 songsang mereka mengenai para sahabat Nabi serta para isteri Nabi. Tidak pernah terlintas dibenak fikiran untuk menyatakan sesuatu yang tidak baik terhadap para sahabat serta isteri2 Nabi yang dimuliakan itu. Namun pro-syiah boleh saja sesuka-hati sesedap-rasa mempertikaikan kejujuran/taat-setia/iman/pengorbanan para sahabat & isteri2 Baginda mengikut acuan nafsu mereka yang jahat lagi dengki itu - Crack down secara besar2an juga telah dilakukan keatas SEMUA pertubuhan yang disyaki menjadi kongsi gelap apabila kesabaran pihak keselamatan telah dicabar dengan beberapa siri pembunuhan menggunakan senjata api dilakukan secara berturutan beberapa bulan yang lalu. Mungkin mereka menyangka bahawa dengan ketiadaan ISA maka para penjenayah mahu mula bermaharalela dengan sesuka-hati menggugat ketenteraman awam. Mungkin juga penjenayah lupa bahawa mereka sedang berhadapan dengan para penguasa yang majoritinya berbangsa melayu – yang mempunyai diplomasi paling tinggi dalam hubungan sesama manusia tetapi apabila kesabaran itu sudah mula mendidihkan darah yang mula panas membara, maka tiada seorang pun yang akan terlepas dari dikejar hatta sehingga ke lubang cacing. - Begitu juga dengan crack down secara menyeluruh keatas PATI sehingga banyak pihak yang mengelupur disana-sini kerana ramai pekerja tanpa permit mereka telah melarikan diri dari pihak berkuasa. Aktiviti perniagaan/pembinaan/kilang terjejas akibat dari kekurangan pekerja Adakah kejayaan mengusir penceroboh sulu itu hanya satu kebetulan dan 100% bersandarkan kepada kekuatan fizikal semata2 ?? Adakah crack down keatas fahaman syiah itu berlaku secara tiba2 ?? Adakah crack down keatas aktiviti jenayah kongsi gelap itu juga berlaku secara tiba2 ?? Adakah crack down keatas PATI itu juga boleh berlaku secara tiba2 ?? Begitu juga ada beberapa peristiwa penting yang berlaku baru2 ini iatu lawatan presiden cina ke Malaysia, pembatalan lawatan presiden obama ke Malaysia serta matinya bekas ketua komunis chin peng Maka adakah lawatan presiden cina ke Malaysia itu tidak signifikan dari segi hubungan diplomatik dua hala bagi menguatkan silaturahim kedua2 buah negara di rantau ini ?? Adakah pertemuan diantara mantan PM Tun M dengan presiden cina itu juga tidak signifikan apabila beliau mencadangkan penubuhan persatuan persaudaraan pelbagai budaya cheng ho bagi mengeratkan hubungan para peniaga negara cina dengan para peniaga malaysia, dan ianya disambut baik oleh presiden cina ?? Adakah majlis pertemuan Tun M dengan presiden cina itu tidak signifikan bagi mengubat kerinduan akan era pemerintahan Tun M dahulu ?? siapa yang memberi izin untuk Tun M masih lagi berperanan menjaga kepentingan kerajaan Malaysia walaupun sudah ada dua orang PM bertugas selepas persaraan beliau ?? Adakah pembatalan lawatan presiden obama ke malaysia itu sengaja dilakukan oleh beliau sendiri ?? siapakah pula yang tidak memberi izin kepada presiden kuasa besar dunia itu untuk menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini ?? Adakah kematian chin peng pada tanggal 16 sept 2013 itu tidak signifikan dalam mengunci mulut manusia2 yang masih mahu menyokong perjuangan komunis yang jelas zalim dan jahat itu ?? siapa pula yang sangat berkuasa berupaya mencabut nyawa chin peng disaat negara menyambut perayaan 50 tahun pembentukan negara malaysi a yang berdaulat ?? Adakah semua itu berlaku secara spontan tanpa ada pengaruh dari suatu aura harmoni yang sungguh kuat yang begitu menguasai udara persekitaran negara Malaysia ?? Adakah kita sudah lupa bahawa Tuhan itu terlalu amat mengawasi akan keselamatan dan keharmonian negara tercinta ini ?? tidak adakah walau sedikit pun peranan Tuhan dalam memberi jaminan keutuhan kedaulatan tanah air Malaysia ?? Adakah kita sudah lupa bahawa Nabi Yang Mulia itu telah memberitahu para sahabat bahawa ahli keluarga Baginda itu akan diterima dan dijaga dengan baik oleh orang2 yang tinggal di tanah sebelah timur ?? maka seharusnya tanah disebelah timur itu adalah sebuah negara yang aman damai serta terjamin akan pengamalan islamnya yang benar2 bersumberkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW iaitu aqidah ahli sunnah wal jamaah Dalam kesibukan pihak keselamatan mencegah dan memburu penjenayah, dalam kegusaran rakyat menghadapi cuaca ekonomi & sosial yang nampak tidak menentu, sebenarnya tanpa kita sedari benih2 iman & islam itu sedang tumbuh membiak dan mekar disana-sini dalam pelbagai aspek kehidupan didalam negara. Sekurang2nya jauh disudut hati setiap rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, mereka mahu melihat keharmonian ini akan kekal berterusan, mereka mengharapkan para penguasa itu benar2 menjaga kepentingan agama islam dan mereka amat menginginkan seseorang yang berkarisma, berpendirian teguh, bertaqwa, berstrategi terkehadapan lagi moden serta canggih menjadi pemimpin negara Malaysia yang tercinta

RAJA2 MELAYU BUKAN SIMBOL  

Posted by khalil bin mokhtar

Rencana Raja-Raja Melayu bukan simbol ― Shamrahayu A. Aziz June 12, 2013 12 JUN ― Ketika menjadi panel pada satu forum isu semasa, seorang peserta bertanya mengenai pendapat yang menolak pembabitan Raja-Raja dalam semua hal berkaitan pentadbiran negara. Katanya, bagi negara yang mengamalkan demokrasi, Raja hanyalah simbol semata-mata tanpa tanggungjawab. Saya kongsi sebahagian jawapannya di sini. Pendapat itu tidak tepat. Negara kita mengamalkan dua sistem berkembar, iaitu demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Kedua-dua sistem ini bergerak secara bersama dan perlu lengkap melengkapi antara satu sama lain menurut falsafah atau acuan negara. Keduanya umpama tiang menunjangi negara. Satu daripadanya tidak boleh dilupai kerana ia boleh membinasakan keseluruhan negara. Apa yang perlu dilakukan ialah mengimbangi kedua-duanya sehingga menjadi pelengkap antara satu sama lain, bukan kompetitif atau berlawanan. Kedua-dua sistem itu mempunyai tanggungjawab masing-masing. Namun, kita tidak dapat mengelak daripada pertembungan antara kedua-duanya. Pertembungan ini berlaku kerana keadaan, budaya serta sejarah yang membentuk latar dan landskap negara. Pindaan kepada Perkara 66 pada 1983 dan seterusnya 1994 menjadi antara contoh pertembungan. Pindaan terbabit dianggap sesetengah pihak sebagai mengikis kuasa Raja. Tetapi, jika dilihat dari satu sudut lain, ia bertujuan mengukuhkan demokrasi. Pada peringkat Persekutuan, peruntukan asal Perlembagaan mewajibkan setiap Rang Undang-Undang mendapat mohor besar Yang di-Pertuan Agong sebelum diwartakan dan seterusnya beroperasi sebagai undang-undang. Sekiranya tidak mendapat mohor besar Yang di-Pertuan Agong, Rang Undang-Undang terbabit tidak boleh diwartakan dan tidak boleh menjadi undang-undang. Ia kemudian dipinda sehingga kepada apa yang ada sekarang. Sekiranya tidak mendapat mohor besar Yang di-Pertuan Agong dalam masa 30 hari, rang undang-undang itu boleh diwarta dan beroperasi. Bagaimanapun, pada peringkat negeri masih ada negeri yang masih mengekalkan syarat mohor besar Raja-Raja dalam Perlembagaan negeri. Dalam konvensyen Westminster, Raja tidak pernah enggan memberikan mohor besar kepada rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Ini bagi meraikan demokrasi berparlimen. Bagi negara kita, sejarah perundangan memperlihatkan bahawa Perlembagaan negeri meletakkan kuasa legislatif dalam bidang kuasa Raja. Keadaan mula berubah dengan Perjanjian Persekutuan 1948, bila mana Raja-Raja bersetuju menjadi Raja Berperlembagaan dan sebahagian besar kuasa Raja, termasuk kuasa legislatif diserahkan kepada majlis perundangan. Begitu juga dengan Perlembagaan 1957, tetapi mengekalkan syarat mohor besar Yang di-Pertuan Agong dan pada peringkat negeri, mohor besar Raja. Pindaan kepada Perkara 40 Perlembagaan juga boleh dijadikan contoh. Pindaan terbabit memasukkan fasal (1A) yang menghendaki Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut atas nasihat jemaah menteri berkenaan apa juga peranan dan fungsi yang memerlukan baginda bertindak atas nasihat. Pindaan Perlembagaan ini juga satu cedukan daripada konvensyen Perlembagaan Westminster. Pada peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hanya lahir ketika pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957. Institusi ini agak baru berbanding institusi Raja di Negeri-Negeri Melayu. Kita lihat Terengganu sebagai contoh. Dalam Itqan al-Muluk bi ta’dil al-Suluk Terengganu yang diisytiharkan pada 1911 itu meletakkan kuasa sangat luas kepada Sultan. Kuasa bertumpu kepada Sultan walaupun menghendaki Sultan mengendalikan pentadbiran negara menerusi mesyuarat atau perbincangan dengan Jemaah Menteri dan juga ada disebut ahl al-hal wal’ ‘aqd. Oleh itu, sejarah dan perundangan terdahulu mungkin menjadi punca perbezaan dari segi “sentimen” mengenai Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen di Negeri-Negeri Melayu. Yang pasti, Raja bukan hanya sekadar simbol dalam sistem demokrasi kita. Baginda mempunyai fungsi dan peranan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Perlembagaan negeri. Kuasa Raja dalam soal mohor besar sebagai contoh, boleh menjadi penapis kepada “demokrasi mutlak”. Ia boleh bertindak sebagai mekanisme semak dan imbang kepada tindakan pihak legislatif atau eksekutif menurut demokrasi. Maka, di sinilah timbulnya konflik antara demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Mengelak daripada Raja mutlak, pada masa sama, juga menghindari demokrasi mutlak. Kita mestilah berhati-hati dalam hal ini supaya kedua-duanya menjadi pelengkap antara satu sama lain mengikut acuan kita. Apa yang pasti kita mahukan kedua-duanya kekal bersama. ― Berita Harian